Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba', satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) Yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang Luas lagi subur), Yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (lalu dikatakan kepada mereka): "Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadanya; (negeri kamu ini adalah) negeri Yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan Yang Maha Pengampun!.
“ Kerajaan Saba’ yang Allah swt sebutkan sebagai Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur itupun Allah swt. beri syarat untuk kekal nikmat aman makmur. Syaratnya ialah BERSYUKUR iaitu melaksanakan segala perintah Allah. Apabila penduduk Saba’ tidak lagi bersyukur bahkan kufur kepada penciptanya, maka Allah swt. tukarkan nikmat aman dan makmur tadi kepada banjir dan kebinasaan…”
Petikan ucapan oleh Pegawai KPKM di program Wacana Fikiran Semasa (WAFI) anjuran Dewan Perwakilan Mahasiswa Ma'ahad Qiraat Al Azhar (DPM MAQAZ) Shoubra di Dewan Masjid Rabi'atul Adawiyah, Raba'ah pada 10 Sya'ban 1432 / 11 Julai 2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan