Sabtu, 4 Februari 2012
Selasa, 27 September 2011
Allah Tempat Tumpuan Segala
“ biasanya masyarakat kita, apabila ditimpa sakit maka terus pergi jumpa doktor, bila tak sembuh maka merata cari ubat samada farmasi atau direct selling…, bila sakit masih tak hilang cari pula tok bomoh, dukun dan seumpamanya… apabila semua usaha dirasakan sudah berakhir barulah panggil tok imam untuk sembahyang hajat…. Apakah Allah itu berada pada queue terakhir dalam hidup kita? Sepatutnya apabila kita ditimpa apa sahaja musibah, perkara pertama perlu dilakukan ialah ambil wudhuk dan solat hajat, mengadu kepada Allah, Ya Allah, Aku sakit sembuhkanlah daku. Lepas itu pergilah jumpa doktor ke cari ubat ke… Mengadulah pada Allah terlebih dahulu kerana Allahlah sumber segala manfaat dan mudharat.. sakit dari Allah penyembuh juga dari Allah itu juga…
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;”
Rabu, 31 Ogos 2011
Bertahajjud adalah Sifat Orang Bertaqwa
“ Sepanjang Ramadhan kita berlatih sembahyang sunat malam yang kita namakan terawikh, sayanglah jika kita berhenti bila tamatnya Ramadhan. 29 hari bukan satu bilangan yang sedkit. Usahakanlah agar amalan solat malam tersebut tidak terhenti begitu sahaja, Nabi kita Muhammad saw tidak pernah tinggal solat malam ini. Solat sunat malam inilah sumber kekuatan orang mukmin. Bagaimana caranya untuk kekalkan sifat taqwa iaitu solat malam ini, caranya kita kena atur masa kita. Oleh kerana kita yang buat kerja, bukan kerja buat kita maka seharusnya kita boleh menyusun masa. Ini masa tadarus, ini masa tahajjud dan ini masa untuk itu dan ini…”
Petikan ucapan perasmian Majlis Aidil Fitri 2011 (MAAF ’11) oleh pegawai KPKM pada 01 Syawal 1432 / 30 Ogos 2011 di Dewan Tok Kenali, Rumah Kelantan Baru.
Isnin, 29 Ogos 2011
Dialog HARI terhadap Manusia
“ Kata-kata Imam Hassan Basri yang cukup hebat sehingga ramai menyangka ianya hadis Nabi, katanya: setiap hari yang menjelang, berkata HARI itu kepada manusia: Wahai Anak Adam, Aku adalah hari yang baru, menjadi saksi atas setiap amalanmu, maka manfaatkanlah aku, jika aku berlalu pergi takkan kembali sehingga hari Qiamat…
Setiap hari di dalam hidup kita adalah peluang yang Allah berikan. Apa yang telah berlalu di sebut History (Sejarah), apa yang bakal berlaku disebut Mystery tetapi apa ada pada kita sekarang ini itu adalah peluang…”
Setiap hari di dalam hidup kita adalah peluang yang Allah berikan. Apa yang telah berlalu di sebut History (Sejarah), apa yang bakal berlaku disebut Mystery tetapi apa ada pada kita sekarang ini itu adalah peluang…”
Petikan ucapan Pegawai KPKM di dalam tazkirah terakhir Terawikh Ramadhan di Dewan Tok Kenali, Rumah Kelantan Baru pada 28 Ramadhan 1432 / 28 Ogos 2011.
Khamis, 4 Ogos 2011
Kita Buat Kerja Bukan Kerja Buat Kita
(Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang salah.
Allah swt telah memilih bulan Ramadhan sebagai bulan al Quran. Dan al Quran diturunkan sebagai hidayah, petunjuk untuk seluruh manusia. Kita diminta untuk sentiasa membaca dan menghayati serta mengamalkan isi kandungannya. Pada bulan ini, Allah swt telah menyediakan ruang dan peluang untuk kita lebihkan masa bersama al Quran. Di siang hari, kita tidak disibukkan dengan makan tengahari kerana berpuasa. Maka sepatutnya kita menggunakan peluang tersebut untuk bersama al Quran, membaca dan menghayati al quran. Rebutlah peluang yang Allah sediakan ini. Sesibuk mana pun kita, sebenarnya kitalah yang ‘buat’ kerja bukan kerja yang ‘buat’ kita. Maka jika kita yang ‘buat’ kerja, pandai-pandailah bahagikan masa agar ada masa untuk al Quran. Jika kesibukan telah menghalang kita dari meluangkan masa untuk al Quran ertinya kita bukan lagi ‘buat’ kerja tapi sudah jadi kerja ‘buat’ kita. Maka kita akan jadi hamba kerja. Ingatlah kita adalah hamba Allah bukan hamba kerja....”
Petikan ucapan Pegawai KPKM di Majlis Ceramah Isu-isu Semasa bersama Ustaz Nasruddin Tantawi, yang telah diadakan di Dataran Kompleks Hayyu Asyir, pada Rabu, 3 Ramadhan 1432 / 3 Ogos 2011.
Isnin, 1 Ogos 2011
Ramdhan Melatih Insan Taqwa
$yg•ƒr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä |=ÏGä. ãNà6ø‹n=tæ ãP$u‹Å_Á9$# $yJx. |=ÏGä. ’n?tã šúïÏ%©!$# `ÏB öNà6Î=ö7s% öNä3ª=yès9 tbqà)Gs? ÇÊÑÌÈ
Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
Jika diperhatikan, sifat taqwa yang menjadi matlamat puasa itu sengaja dibawa dalam Uslub Fe’el Mudharik (Present Continuous Tense) yang memberi maksud berterusan. Ertinya dengan melaksanakan segala tuntutan Puasa Ramadhan itu, akan dapat melahirkan insan yang bertaqwa bukan sahaja di bulan Ramadhan tetapi sifat taqwa itu akan berterusan sepanjang tahun bahkan sepajang hayat. Segala amalan insan taqwa yang dilakukan semasa Ramadhan juga janganlah berhenti apabila tamatnya Ramadhan. Amalan berpuasa di siang hari, amalan membaca al quran, amalan berterawikh di malam hari. Terawikh bukan sahaja di bulan Ramadhan, kerana terawikh itu hakikatnya adalah sembahyang sunat malam. Pada Ramadhan dipanggil terawikh, pada selain Ramadhan dipanggil dengan pelbagai nama seperti tahajjud, qiamullail, witir dan sebagainya. Apa yang penting, solat sunat malam adalah amalan insan taqwa…..
Petikan ucapan Pegawai KPKM di dalam program tazkirah ramadhan pada malam pertama terawikh, ahad 30 Sya’ban 1432 / 31 Julai 2011 di Masjid Wisma Sultan Muhammad Ke V.
Sabtu, 30 Julai 2011
Persediaan Ramadhan
“ Nabi Muhammad saw membuat persediaan untuk Bulan Ramadhan bukan sehari dua, tetapi semenjak masuknya bulan Rejab, iaitu 2 bulan sebelum Ramadhan. Diriwayatkan bahawa apabila masuknya bulan Rejab, baginda saw akan mula berdoa:
اللهم باركلي في رجب، وباركلي في شعبان، وبلّغني رمضان...
Ya Allah, Berkatilah Daku pada bulan Rejab, Berkatilah Jua Daku pada bulan Sya’ban, Sempatkanlah umurku dengan bulan Ramadhan…
Ertinya Nabi kita menwar-warkan akan ketibaan Ramadhan 2 bulan lebih awal, bagi dirinya dan juga kepada semua sahabatnya, agar segala persediaan dari segi lahiriah atau pun batiniah dapat diusahakan…”
Petikan Kuliah Subuh oleh Pegawai KPKM pada hari Jumaat, 28 Sya’ban 1432 / 29 Julai 2011 di Musolla Wisma Sultan Muhammad ke 5 menjelang ketibaan bulan Ramadhan.
Langgan:
Catatan (Atom)