“ Musuh-musuh Islam tidak lagi menyerang Islam secara terang-terangan, mereka menyerang Islam melalui jarum-jarum halus yang tidak disedari oleh Umat Islam. Antaranya mereka cuba memisahkan Umat Islam dari berpegang kepada sumber Islam yang asas iaitulah al Quran dan al hadis. Mereka tidak berkata “Jangan kamu beramal dengan al Quran” kerana kata-kata itu pasti akan ditolak. Tetapi mereka akan berkata “Sesungguhnya al Quran itu adalah Kitab Suci. Ianya kalam Allah yang maha suci, kedudukannya terlalu suci sehinggakan kita tidak mampu untuk beramal dengannya, kita hanyalah manusia yang penuh dengan kekotoran…..” Maka ramailah yang terpengaruh dengan hasutan ini. Sedangkan hakikatnya al Quran itu diturunkan untuk kita baca, fahami serta amalkan dalam kehidupan seharian. Tetapi lihatlah masyarakat kita hari ini, di mana al Quran dalam hidup mereka. Al Quran disimpan di dalam almari yang tinggi, bukan menjadi bahan bacaan harian, malah kalau mungkin setahun sekali ianya dibaca iaitu ketika bulan ramadhan. Jika tidak maka berdebulah al quran itu di dalam almari berkunci…..”
Petikan ucapan Pegawai KPKM dalam program Nadwah Siyasah Syar’iyyah di Dewan Darul Iman, Asrama Terengganu Kaherah. Program anjuran Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu Mesir (KPT) ini telah diadakan pada hari Selasa, 25 Sya’ban 1432 / 26 Julai 2011.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan