Sabtu, 21 Mei 2011

Allah Sayangkan Hambanya...

 “ Nabi ada berpesan : “Sesungguhnya Allah amat menyayangi seseorang hamba yang melaksanakan sesuatu secara serius.” Hari ini kita bersukan, maka bersungguhlah dalam aktivit sukan ini, semasa kita belajar, pergi kuliah, kita bersungguh dalam belajar. Umat Islam adalah umat yang bersungguh dan serius ketika melakukan sesuatu aktiviti, bukan main-main. Setiap gerak kerja ada matlamat, barulah kita menjadi insan kesayangan Allah”


Petikan ucapan perasmian penutup sukan Liqa’ Gabungan oleh Pegawai KPKM pada 17 Jamadil Akhir 1432 / 20 Mei 2011 di Nadi Talmiah, Hayyu Sadis.

Khamis, 19 Mei 2011

Syukur Sebanyaknya Pada Allah

undefined

Marilah bersama kita rafa`kan kesyukuran sebanyak-banyaknya kepada Allah Jalla wa Azza atas segala nikmat yang diberikan. Sentiasa insaf dan sedar bahawa setiap nikmat itu tidak akan kekal kerana setiap sesuatu itu mempunyai tempoh masa tertentu. Justeru itu, Allah Jalla wa Azza berjanji akan memanjangkan tempoh "expired" itu jika seseorang hamba bersyukur kepadanya.
          
            Maka, jika sayangkan nikmat yang sedang dinikmati ini, banyak-banyaklah bersyukur. Berusaha menjadi Insan yang bersyukur. Dalam satu pepatah arab ada menyebut "Sesiapa yang bersyukur sesungguhnya dia telah menguatkan ikatan nikmatnya, sedangkan sesiapa yang kufur (tidak bersyukur) sesungguhnya dia telah merungkaikan ikatan nikmatnya..."

           Ya Allah, jadikanlah kami hambamu yang bersyukur... Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...