Sabtu, 30 Julai 2011

Persediaan Ramadhan

“  Nabi Muhammad saw membuat persediaan untuk Bulan Ramadhan bukan sehari dua, tetapi semenjak masuknya bulan Rejab, iaitu 2 bulan sebelum Ramadhan. Diriwayatkan bahawa apabila masuknya bulan Rejab, baginda saw akan mula berdoa:
اللهم باركلي في رجب، وباركلي في شعبان، وبلّغني رمضان...
Ya Allah, Berkatilah Daku pada bulan Rejab, Berkatilah Jua Daku pada bulan Sya’ban, Sempatkanlah umurku dengan bulan Ramadhan…
Ertinya Nabi kita menwar-warkan akan ketibaan Ramadhan 2 bulan lebih awal, bagi dirinya dan juga kepada semua sahabatnya, agar segala persediaan dari segi lahiriah atau pun batiniah dapat diusahakan…”

Petikan Kuliah Subuh oleh Pegawai KPKM pada hari Jumaat, 28 Sya’ban 1432 / 29 Julai 2011 di Musolla Wisma Sultan Muhammad ke 5 menjelang ketibaan bulan Ramadhan.

Rabu, 27 Julai 2011

Bacalah al Quran

“ Musuh-musuh Islam tidak lagi menyerang Islam secara terang-terangan, mereka menyerang Islam melalui jarum-jarum halus yang tidak disedari oleh Umat Islam. Antaranya mereka cuba memisahkan Umat Islam dari berpegang kepada sumber Islam yang asas iaitulah al Quran dan al hadis. Mereka tidak berkata “Jangan kamu beramal dengan al Quran” kerana kata-kata itu pasti akan ditolak. Tetapi mereka akan berkata “Sesungguhnya al Quran itu adalah Kitab Suci. Ianya kalam Allah yang maha suci, kedudukannya terlalu suci sehinggakan kita tidak mampu untuk beramal dengannya, kita hanyalah manusia yang penuh dengan kekotoran…..” Maka ramailah yang terpengaruh dengan hasutan ini. Sedangkan hakikatnya al Quran itu diturunkan untuk kita baca, fahami serta amalkan dalam kehidupan seharian. Tetapi lihatlah masyarakat kita hari ini, di mana al Quran dalam hidup mereka. Al Quran disimpan di dalam almari yang tinggi, bukan menjadi bahan bacaan harian, malah kalau mungkin setahun sekali ianya dibaca iaitu ketika bulan ramadhan. Jika tidak maka berdebulah al quran itu di dalam almari berkunci…..”

Petikan ucapan Pegawai KPKM dalam program Nadwah Siyasah Syar’iyyah di Dewan Darul Iman, Asrama Terengganu Kaherah. Program anjuran Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu Mesir (KPT) ini telah diadakan pada hari Selasa, 25 Sya’ban 1432 / 26 Julai 2011.

Isnin, 25 Julai 2011

Islam Membenarkan Kepelbagaian Cara

“ Teori Michavelli pun inginkan matlamat baik. Cuma silapnya, dia membenarkan cara yang tidak baik asalkan matlamat baik, macam cerita Robinhood. Dia mencuri dari golongan kaya dan bangsawan dengan tujuan membantu golongan fakir miskin. Islam ada cara tersendiri. Matlamat mesti baik dan syar’ie, cara juga mesti baik dan syar’ie. Cuma perlu ditegaskan ialah cara yang syar’ie itu bukan satu, malah beribu. Firman Allah swt. di dalam surah  al Isra’ ayat 84 yang berbunyi:
ö@è% @@à2 ã@yJ÷ètƒ 4n?tã ¾ÏmÏFn=Ï.$x© öNä3štsù ãNn=÷ær& ô`yJÎ uqèd 3y÷dr& WxÎ6y ÇÑÍÈ
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Tiap-tiap seorang beramal menurut pembawaan jiwanya sendiri; maka Tuhan kamu lebih mengetahui siapakah (di antara kamu) Yang lebih betul jalannya".
Jelasnya Islam membenarkan kepelbagaian cara selagi ia tidak bercanggah dengan syara’….”

Petikan ucapan Pegawai KPKM  di dalam program Minggu Thaqafah KPIPM ‘11, anjuran Keluarga Pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) di Dewan Syeikh Sya’rawi, Wisma Darul Ridzuan (A), Hayyu Zohor, Madinah Nasr pada 24 Sya’ban 1432 / 25 Julai 2011.

Jumaat, 15 Julai 2011

Mengkaji Sirah Nabi

“ Malam ini kita sudah menghampiri pertengahan bulan Sya’ban atau disebut nisfu sya’ban. Antara peristiwa yang berlaku pada junjungan besar Nabi Muhammad saw. ialah Tahwilul Qiblah (pertukaran arah Qiblat). Semua peristiwa yang berlaku terhadap Nabi kita adalah sengaja diadakan oleh Allah swt. bukan tanpa tujuan. Bahkan semua itu menuntut kita supaya mengkaji dan memerhati apa maksud tersirat. Allah tidak jadikan ianya saja-saja….”

Petikan ucapan Pegawai KPKM semasa Majlis Taklimat Asrama Baru di Dewan Tok Kenali, Rumah Kelantan Baru pada Khamis, 13 Sya’ban 1432 / 14 Julai 2011.

Selasa, 12 Julai 2011

Tuntutan Bersyukur

Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba', satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) Yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang Luas lagi subur), Yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (lalu dikatakan kepada mereka): "Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadanya; (negeri kamu ini adalah) negeri Yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan Yang Maha Pengampun!.

“ Kerajaan Saba’ yang Allah swt sebutkan sebagai Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur itupun Allah swt. beri syarat untuk kekal nikmat aman makmur. Syaratnya ialah BERSYUKUR iaitu melaksanakan segala perintah Allah. Apabila penduduk Saba’ tidak lagi bersyukur bahkan kufur kepada penciptanya, maka Allah swt. tukarkan nikmat aman dan makmur tadi kepada banjir dan kebinasaan…”

Petikan ucapan oleh Pegawai KPKM di program Wacana Fikiran Semasa (WAFI) anjuran Dewan Perwakilan Mahasiswa Ma'ahad Qiraat Al Azhar (DPM MAQAZ) Shoubra di Dewan Masjid Rabi'atul Adawiyah, Raba'ah pada 10 Sya'ban 1432 / 11 Julai 2011

Sabtu, 2 Julai 2011

Solat Yang Berfungsi

žcÎ) no4qn=¢Á9$# 4sS÷Zs? ÇÆtã Ïä!$t±ósxÿø9$# ̍s3ZßJø9$#ur 3
Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan Yang keji dan mungkar;
Segala ibadah yang Allah swt pertanggungjawabkan kepada kita, manfaatnya dapat kita terima di dunia dan akhirat. Contohnya Solat, manfaat pahala dapat kita lihat di dalam kubur dan di padang mahsyar, manakala di dunia kita akan dapat manfaat dengan mampu mengelak dari melakukan perkara yang dilarang oleh Allah. Oleh itu, jika di dunia kesan serta fungsi solat tidak dapat kita rasai, ertinya masih melakukan maksiat pada Allah bermakna solat kita belum berfungsi sepenuhnya. Kita mesti ikhtiar bagaimana supaya solat kita itu berfungsi semenjak di dunia lagi, jika di dunia sudah tidak mampu membantu ‘tuan’nya, bagaimana dapat kita harapkan bantuannya di dalam kubur dan di padang mahsyar…? “


Petikan Kuliah Subuh oleh Pegawai KPKM di Dewan Tok Kenali, Rumah Kelantan Baru sempena Qiamullail mingguan pada Jumaat, 29 Rejab 1432 / 01 Julai 2011.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...