(Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang salah.
Allah swt telah memilih bulan Ramadhan sebagai bulan al Quran. Dan al Quran diturunkan sebagai hidayah, petunjuk untuk seluruh manusia. Kita diminta untuk sentiasa membaca dan menghayati serta mengamalkan isi kandungannya. Pada bulan ini, Allah swt telah menyediakan ruang dan peluang untuk kita lebihkan masa bersama al Quran. Di siang hari, kita tidak disibukkan dengan makan tengahari kerana berpuasa. Maka sepatutnya kita menggunakan peluang tersebut untuk bersama al Quran, membaca dan menghayati al quran. Rebutlah peluang yang Allah sediakan ini. Sesibuk mana pun kita, sebenarnya kitalah yang ‘buat’ kerja bukan kerja yang ‘buat’ kita. Maka jika kita yang ‘buat’ kerja, pandai-pandailah bahagikan masa agar ada masa untuk al Quran. Jika kesibukan telah menghalang kita dari meluangkan masa untuk al Quran ertinya kita bukan lagi ‘buat’ kerja tapi sudah jadi kerja ‘buat’ kita. Maka kita akan jadi hamba kerja. Ingatlah kita adalah hamba Allah bukan hamba kerja....”
Petikan ucapan Pegawai KPKM di Majlis Ceramah Isu-isu Semasa bersama Ustaz Nasruddin Tantawi, yang telah diadakan di Dataran Kompleks Hayyu Asyir, pada Rabu, 3 Ramadhan 1432 / 3 Ogos 2011.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan